• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Home
  • Info
  • MAIPk News
  • KONVOKESYEN GEMILANG GRADUAN TVET ASNAF MAIPk: BUKTI TVET BUKAN PILIHAN TERAKHIR

KONVOKESYEN GEMILANG GRADUAN TVET ASNAF MAIPk: BUKTI TVET BUKAN PILIHAN TERAKHIR

KULIM, 3 Ogos 2025 - Majlis Anugerah “Menjulang Aspirasi, Menjunjung Impian” anjuran Kulim Advanced Technologies (KTechno) dengan kerjasama KHTP Skills Centre telah berlangsung di Kulim Golf Club bagi meraikan pencapaian cemerlang graduan TVET asnaf yang ditaja sepenuhnya oleh MAIPk.

Majlis ini telah disempurnakan oleh Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin, yang berkenan mencemar duli menyampaikan sijil kepada graduan dan menitipkan inspirasi agar mereka terus berusaha memecahkan sempadan kemiskinan melalui ilmu dan kemahiran.

Pada penghujung tahun 2024, seramai 25 orang belia asnaf telah berjaya menamatkan Pensijilan Automasi Industri, dan kini bergelar tenaga kerja mahir dalam sektor perkilangan. Ianya memberi bukti nyata bahawa dengan sokongan dan peluang yang tepat, golongan asnaf mampu melakar masa depan gemilang.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Pengurus Besar Bahagian Pemerkasaan Asnaf, Amirudin bin Osman. Kehadiran MAIPk dalam majlis ini bukan sekadar simbol sokongan, malah menjadi bukti bahawa MAIPk sentiasa bersama para asnaf, ketika mereka memulakan langkah, menghadapi cabaran, dan akhirnya meraikan kejayaan.

Kesudian DYTM Tuanku Raja Muda Kedah menyantuni Asnaf membuktikan asnaf juga layak untuk diberi pengiktirafan tertinggi setara golongan lain.

MAIPk terus komited melahirkan generasi asnaf yang berdikari, berkemahiran tinggi, dan bersedia menyahut cabaran industri moden.

Menjulang Aspirasi, Membuka Jalan Kejayaan!




.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.