• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • MAJLIS HI TEA BERSAMA PEMBAYAR ZAKAT KORPORAT, PENYERAHAN SKIM BANTUAN KEBAJIKAN SISWA IPT SERTA BANTUAN PER KAPITA RUMAH PERLINDUNGAN ANAK YATIM NEGERI PERAK

MAJLIS HI TEA BERSAMA PEMBAYAR ZAKAT KORPORAT, PENYERAHAN SKIM BANTUAN KEBAJIKAN SISWA IPT SERTA BANTUAN PER KAPITA RUMAH PERLINDUNGAN ANAK YATIM NEGERI PERAK

IPOH, 29 April 2025 – Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) menganjurkan majlis ‘Hi Tea’ bersama 27 syarikat korporat yang menerima wakalah daripada MAIPk. Inisiatif ini memberikan peluang kepada pembayar zakat untuk melaksanakan pengagihan secara langsung kepada golongan asnaf yang berkelayakan.

Pada tahun 2024, sebanyak 43 syarikat dan individu melaksanakan agihan zakat melalui platform wakalah di negeri Perak dengan jumlah keseluruhan RM24,288,952.4. Daripada jumlah tersebut, agihan kepada kategori asnaf fakir miskin sebanyak RM2,314,469.54, fisabilillah RM2,182,317.41, ghorimin RM737,703.54, muallaf RM502,010.00 dan institusi pendidikan awam dan swasta menerima wakalah tertinggi iaitu RM18,552,449.82.

Majlis berlangsung diteruskan dengan penyerahan Skim Bantuan Kebajikan Siswa kepada Institut Pengajian Tinggi yang mula dilaksanakan pada tahun 2024. Pada tahun 2025 MAIPk menambah senarai penerima dana bantuan tersebut kepada 10 institusi di negeri Perak dengan jumlah RM540,000.00.

Objektif skim bantuan bertujuan membantu mahasiswa dalam kalangan asnaf fakir dan miskin meringankan beban sara diri kehidupan mereka di kampus. Dana yang disalurkan ini dikendalikan oleh Jawatankuasa Tabung Amanah Zakat sebagai inisiatif kepada usaha bersama menangani kemiskinan kampus.

Selanjutnya, MAIPk turut mengadakan penyerahan sumbangan zakat kepada 18 Pusat Jagaan dan Perlindungan Anak Yatim seluruh negeri Perak melibatkan dana sumbangan sebanyak RM257,000.00. Sumbangan ini membantu kos pengoperasian Pusat Jagaan Anak Yatim dalam meringankan beban mereka.

Majlis dan penyerahan sumbangan disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Syamsul Hazeman bin Md Salleh dan dihadiri oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan), Wan Maizura binti Haji Wan Zahari, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan), Bakri bin Lee dan Pengurus Besar Bahagian Agihan Zakat, Rohizan bin Haji Omar. Pengisian majlis dimulai dengan sesi penerangan dan taklimat wakalah, penyampaian sumbangan dan diakhiri dengan tayangan video program agihan zakat MAIPk.





.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.