Pelajar Tajaan MAIPk Terima Sijil Program Asasi Sains Perubatan UniKL (RCMP)
Meru, 25 Julai 2025 – Seramai 9 pelajar tajaan Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) telah diraikan dalam Majlis Penghargaan & Penyampaian Sijil Program Asasi Sains Perubatan Sesi 2024/2025 anjuran Universiti Kuala Lumpur Royal College of Medicine Perak (UniKL RCMP), yang diadakan di Hotel Casuarina, Meru.
Majlis telah disempurnakan oleh Timbalan Presiden (Akademik & Teknologi) UniKL, Prof. Dr. Kushsairy bin Abdul Kadir. Turut hadir, Ketua Eksekutif merangkap Ketua Kampus UniKL RCMP, Hisshamuddin bin Omar, serta wakil MAIPk, Pengurus Besar Bahagian Agihan Zakat, Suhaimi bin Yusoff.
Kesemua pelajar ini telah berjaya menamatkan Program Asasi Sains Perubatan selama setahun dengan jumlah keseluruhan tajaan sebanyak RM192,930.00, yang dibiayai sepenuhnya menggunakan dana zakat melalui Skim Bantuan Dermasiswa Profesional Zakat MAIPk.
Inisiatif ini membuktikan komitmen MAIPk dalam memperkasa pendidikan anak-anak asnaf melalui agihan zakat secara strategik, bagi membuka peluang ke arah masa depan yang lebih cerah dan berdaya saing.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada para pelajar atas pencapaian ini. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk melangkah lebih jauh dalam bidang perubatan, sekali gus menyumbang kembali kepada masyarakat dan ummah.

