KUNJUNGAN HORMAT MAIPk KE IBU PEJABAT POLIS DAERAH (IPD) IPOH
Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) telah mengadakan Kunjungan Hormat ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh sebagai usaha memperkukuh hubungan strategik serta kerjasama antara MAIPk dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), khususnya dalam aspek pengurusan dan penguatkuasaan kutipan derma khairat di Negeri Perak.
Kunjungan hormat ini diketuai oleh Encik Ahamad Muzammil bin Arbain, Pengurus Besar Bahagian Baitulmal, Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) dan turut disambut oleh ACP Muhammad Najib bin Hamzah, Ketua Polis Daerah Ipoh.
Perbincangan turut memberi tumpuan kepada perkongsian maklumat berkaitan perkhidmatan pungutan derma khairat MAIPk, isu-isu semasa pengurusan kutipan serta aspek penguatkuasaan undang-undang yang berkaitan.
MAIPk berharap jalinan kerjasama strategik bersama PDRM ini dapat terus diperkasakan bagi memastikan pengurusan dan kutipan derma khairat di Negeri Perak dilaksanakan secara amanah, telus, teratur dan mematuhi peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.










